Duli Yang Maha Mulia Tuanku Abdul Rahman

S.P.B. ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM TUANKU MUHAMMAD
YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA
31 OGOS 1957 - 1 APRIL 1960

S.P.B. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Agong Pertama, diputerakan pada 24 Ogos 1895 di Seri Menanti Negeri Sembilan. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 hingga 1 April 1960. S.P.B. memperolehi pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Jempol sehingga tahun 1907. Selepas itu, Baginda meneruskan pendidikan sekolah menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar selama tujuh tahun.

Selepas menamatkan pelajaran sekolah menengah di maktab ini pada tahun 1914, S.P.B. dilantik sebagai Pegawai Melayu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1915, putera muda mi memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Seremban. Terbukti S.P.B. seorang pegawai yang rajin dan sangat komited terhadap tugas Baginda. Baginda mendesak jabatan itu supaya membuka lebih banyak cawangan di beberapa daerah lain di Negeri Sembilan.

Seterusnya S.P.B. Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Penolong Pegawai Melayu di Klang sebelum ditukarkan semula ke daerah lain. Kemudian Baginda dihantar bertugas sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Ulu Selangor. Berkat usaha gigih dan ketekunan Baginda selama mi, Baginda telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Daerah.

Titik perubahan dalam kerjaya Baginda berlaku pada tahun 1925 apabila Baginda bertugas untuk jangka masa yang pendek di Mahkamah Agung di Kuala Lumpur. Kemudian, Baginda mengiringi ayahanda Baginda, yang ketika itu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan melawat United Kingdom untuk menyaksikan Pameran Empayar British di Wembley dan untuk menziarahi D.Y.M.M. King George V. Dalam perjalanan ke United Kingdom, Baginda membulatkan tekad untuk belajar undang-undang. Hasrat Baginda ini mendapat persetujuan Tuanku Muhammad, ayahanda Baginda. Dengan itu Baginda pun terus menetap di United Kingdom sehingga Baginda menamatkan pengaj ian dan memperoleh ijazah undang-undang dan diterima menjadi peguam tiga tahun kemudiannya. Selama beberapa tahun yang pertama, Baginda berusaha sehingga menjadi Magistret. Kemudiannya Baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah.

Pada tahun 1933, D.YM.M. Tuanku Muhammad mangkat. S.P.B. Tuanku AbduT Rahman terus ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Ketika itu Baginda merupakan seorang peguambela dan dengan yang demikian Baginda merupakan satu-satunya Raja Melayu yang mempunyai kelayakan sebagai peguambela dan peguamcara.

Pada tahun 1957, S.P.B. dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Tanah Melayu dan ditabalkan pada 13 September 1957. S.P.B. memerintah Negeri Sembilan selama 24 tahun sebelum menjadi Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu yang Pertama.

S.F.B. mempunyai tiga putera dan lima puteri. Permaisuri pertama Baginda, D.Y.M.M. Tuanku Maharum melahirkan seorang putera, D.YM.M. Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang Kesembilan. Cik Engku Maimunah melahirkan dua putera dan dua puteri. Yang sulung ialah YT.M. Tuanku Aidah. S.P.B. Tuanku Ja'afar ialah putera kedua.

S.P.B. Tuanku Abdul Rahman juga sangat meminati bidang sukan. Antaranya sukan kriket, bola sepak dan tenis. Walau bagaimanapun, sukan yang paling digemari Baginda ialah sukan tinju. Malahan, pada zaman mudanya Baginda gemar menyarungkan sarung tangan tinju dan bertinju dengan putera-putera Baginda.