https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fkk1um%2Fposts%2F2114531931892502%3A0&width=500

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemudahcara Mahasiswa (PM) Universiti Malaya bagi Minggu Haluan Siswa (MHSUM) sesi 2018/2019 telah dijalankan pada hari ini. Majlis tersebut adalah penutup bagi kem akhir PM di bawah kelolaan bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UM dan turut menerima kehadiran Prof. Dr. Faisal Rafiq Mahamad Adikan, menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar.

Maka, adalah secara rasminya seramai 36 orang PM ASTAR yang diketuai oleh saudara Ahmad Sidqy akan memikul tanggungjawab sebagai pembimbing kepada ASTARian baharu Tahun Satu sepanjang sesi 2018/2019, dan terutamanya semasa MHS yang akan berlangsung pada 2 – 7 September 2018.

JTK ASTAR bersama Pihak Pengurusan Kolej ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PM ASTAR yang baharu ini dan selamat maju jaya dalam bertindak sebagai tunggak utama MHS. Semoga semua PM ASTAR dapat menjadi contoh yang terbaik buat ASTARian.

Sekian, Terima Kasih.

#UMisONE
#MHSUM1819
#MahasiswaHolistikHarapanNegara
#PertamaSelamanya

Jawatankuasa Tindakan Kolej
Kolej Kediaman Pertama
Universiti Malaya
Sesi 2017/2018

Advertisements